ALOR SETAR: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah hari ini menyerbu dua kilang yang disyaki beroperasi secara haram yang didakwa menyebabkan pencemaran bau di kawasan Mukim Pinang Tunggal, dekat Sungai Petani, di sini.
Pengarah JAS Kedah Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata serbuan dilakukan pada 11 pagi tadi terhadap sebuah kilang kayu tidak berlesen dan sebuah lagi kilang yang menjadi tempat penstoran sisa plastik dan buangan terjadual.
"Kilang yang menjadi tempat penstoran buangan itu menyimpan bahan sisa plastik dan buangan terjadual SW 404 iaitu sisa klinikal. Serbuan itu dilakukan selepas JAS menerima banyak aduan awam berkaitan pencemaran khususnya pencemaran bau apabila sisa plastik diproses tanpa alat kawalan.
"Pemeriksaan lanjut turut mendapati terdapat bahan-bahan yang disyaki sisa klinikal seperti bekas ujian saringan COVID-19, picagari dan jarum telah dihancur dan dibasuh bagi tujuan kitar semula," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata air buangan basuhan itu kemudiannya telah disalurkan ke kolam takungan dan dilepaskan tanpa rawatan ke longkang awam dan seterusnya memasuki Sungai Muda yang merupakan sumber bekalan air di Kedah dan Pulau Pinang.
Menurut Sharifah Zakiah kilang pemprosesan sisa plastik haram serta sisa klinikal itu dipercayai didalangi warga China dan siasatan lanjut sedang dilakukan bagi menentukan sama ada buangan berkenaan dari sumber tempatan atau dibawa dari negara luar.
Dalam pada itu, beliau berkata semasa serbuan dilakukan, terdapat sekumpulan pekerja asing yang cuba melarikan diri ke kawasan belukar berhampiran.
"JAS telah menghubungi Jabatan Imigresen untuk tindakan pemeriksaan terhadap sebahagian pekerja yang ditahan. Serbuan berkenaan turut disertai anggota dan pegawai JAS dan turut dibantu oleh Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah," katanya.
Menurut beliau JAS Kedah telah melaksanakan Penahanan Operasi Kelengkapan terhadap kilang tersebut di bawah Seksyen 38 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Seksyen 34A akta yang sama.
Selain itu, JAS akan turut memohon Perintah Larangan di bawah Seksyen 34AA di bawah akta tersebut dikenakan terhadap premis berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 18 2023
JAS Kedah menyerbu dua kilang yang disyaki beroperasi secara haram yang didakwa menyebabkan pencemaran bau di kawasan Mukim Pinang Tunggal. - JAS Kedah
Pihak berkaitan perlu martabatkan tenunan Melayu yang kurang dapat perhatian - Tuanku Zara
Usaha komprehensif perlu dilaksanakan agar manfaat penyelidikan dan keistimewaan tenunan Melayu dapat diketengahkan kepada lebih ramai lagi.
Luluh hati ibu ketika tatap wajah anak yang maut dalam kemalangan lori simen di Lojing
Rohani Adi tidak menyangka anak keduanya Fauzi Ramli merupakan seorang daripada tiga mangsa yang maut dalam insiden itu.
Industri tanaman durian Johor tunjuk perkembangan positif
Seramai 31,500 orang pengusaha tanaman durian direkodkan pada tahun 2022 dan ia meningkat kepada 34,650 orang pada tahun lepas.
Disleksia bukan penghalang untuk Amer buka perniagaan kafe
Apa yang berlaku ke atas dirinya itu membuatkan dia berasa rendah diri dan sedih kerana tidak dapat menguasai pembelajaran di sekolah.
AI dalam latihan, penyelidikan pupuk tenaga kerja mahir, penciptaan pekerjaan
Penggunaan AI dijangka dapat memupuk tenaga kerja mahir dan merangsang penciptaan pekerjaan dalam sektor teknologi tinggi.
Pemimpin dunia ucap tahniah kepada Lawrence Wong, Perdana Menteri keempat Singapura
Wong menerima pujian dari seluruh dunia, menonjolkan kedudukannya yang terhormat di pentas global.
Wei Chong-Kai Wun akui perlu baiki tahap kekuatan mental
Tahap mental yang kurang mantap dilihat menjadi salah satu punca utama beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun bergelut dengan prestasi pada tahun ini.
Hampir 40 peratus serangan siber di Malaysia libatkan akaun pembuatan, sektor kerajaan pada 2023
Tiga sektor sasaran utama ialah pembuatan (20 peratus), kerajaan (18.2 peratus) serta teknologi, media dan telekomunikasi (14.5 peratus).
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan bermula tahun ini - Abang Johari
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan dimulakan tahun ini dengan tumpuan utama untuk melaksanakan fasa kedua PCDS 2030.
China sumbang kerancakan jumlah ketibaan pelancong ke Melaka
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata sejumlah 116,055 pelancong China, melawat Melaka sejak Januari hingga April tahun ini.
Kebakaran kilang cat: JAS tempatkan dua alat ukur kualiti udara
Pengukuran tahap kualiti udara masih diteruskan secara berkala sehingga keadaan kembali seperti biasa.
Penduduk minta JAS siasat pencemaran di Sungai Ketil
Penduduk yang tinggal berhampiran Sungai Ketil di sini, meminta Jabatan Alam Sekitar (JAS) menyiasat sungai itu yang didakwa tercemar akibat sisa buangan sejak tiga tahun lepas.
Langkawi catat kutipan e-sisa tertinggi di Kedah
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah mengutip sebanyak 24 tan buangan barangan elektrik dan elektronik (e-sisa) di seluruh negeri sepanjang tahun ini, kata pengarahnya Sharifah Zakiah Syed Sahab.
JAS serbu dua kilang haram disyaki punca pencemaran bau di Sungai Petani
Kilang yang menjadi tempat penstoran buangan itu menyimpan bahan sisa plastik dan buangan terjadual SW 404 iaitu sisa klinikal.
JAS perlu tambahan 3,000 penguat kuasa untuk tingkat pemantauan
Jabatan Alam Sekitar (JAS) memerlukan tambahan 3,000 anggota penguat kuasa berbanding 1,100 penguat kuasa sedia ada.
Pelan tindakan pencemaran sungai perlu diwujudkan - JAS
Langkah itu perlu bagi memastikan isu pencemaran sungai negara ini mampu dikendalikan dengan berkesan sekali gus dihentikan.
Premis kitar semula digempur JAS
Sebuah premis kitar semula buangan terjadual dan skrap logam di daerah ini digempur selepas didapati tidak mematuhi keperluan perundangan dibawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974.
2 kapal disyaki punca tumpahan minyak di perairan Labuan ditahan
JAS Labuan menahan dua kapal yang disyaki menyebabkan kejadian tumpahan minyak berhampiran jeti Labuan Shipyard Engineering (LSE) dan perairan Patau-Patau 1.
Punca pencemaran bau di Ulu Tiram belum dikenal pasti, JAS terus siasatan
JAS Johor masih menyiasat punca pencemaran bau di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Tiram, Kampung Sungai Tiram, susulan siasatan awal tidak menemui sebarang kesan pelupusan haram.
29 sungai dikenal pasti tercemar tahun lepas - Nik Nazmi
Sejumlah 29 atau empat peratus daripada 672 batang sungai dikenal pasti tercemar tahun lepas, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) Nik Nazmi Nik Ahmad.